Dr Mahathir Mohamad yakin barisan
Kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi semalam, akan
dapat melaksanakan tanggungjawab dan
amanah dengan baik.
“Saya yakin mereka akan dapat
menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan baik. Saya ucapkan
tahniah kepada semua anggota Kabinet,”
katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis sambutan ulang tahun
ke-25 Kumpulan Emkay di sini, malam tadi.
Ketika ditanya mengenai barisan
pentadbiran baru yang lebih kecil
berbanding pada 2004, Dr Mahathir
berkata, ia perkara biasa.
“Kadang-kadang memang ada Kabinet dan
pentadbiran yang besar dan ada kalanya
kecil,” katanya.
Mahathir bagaimanapun enggan mengulas
ketika ditanya surat yang dihantar Ahli
Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir
yang juga anaknya kepada Abdullah
meminta beliau meletak jawatan Perdana
Menteri dan Presiden Umno.
No comments:
Post a Comment