nuffnang

Sunday, March 23, 2008

BERITA BAIK.

KOTA BHARU 22 Mac - Kerajaan negeri
bercadang memberi wang pendahuluan
kepada golongan muda di negeri ini bagi
membeli rumah teres sebagai galakan
untuk mereka berkahwin cepat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat berkata, langkah tersebut sekali gus
dapat membendung pelbagai penyakit
sosial di kalangan orang muda seperti zina.

Beliau berkata, kebanyakan orang muda
tidak berkahwin kerana tidak mampu untuk
menyediakan keperluan asas seperti
tempat tinggal untuk pasangan mereka.

''Anak-anak muda kalau tidak dikahwinkan
apabila tiba masanya akan menjadi liar.
Umpama orang yang lapar nasi menggelepar
malah sanggup mencuri, begitu juga
dengan tuntutan seks.

''Jika perkara tersebut tidak dipenuhi,
anak-anak muda akan menjadi tidak tentu
arah, lebih- lebih lagi kalau sudah
bercinta dan mempunyai pasangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang
akhbar selepas menikahkan anak perempuan
Timbalan Presiden Parti Progresif
Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik
Yusof, Nik Aidil Maria dan pasangannya
Muzzalman Shah Ismail Muzani di rumahnya
di sini hari ini.

Presiden PPP, M. Kayveas turut hadir.

Nik Abdul Aziz berkata, bantuan
pendahuluan pembelian rumah itu diharap
dapat meringankan beban perkahwinan di
samping memberi keselesaan pasangan
melayari perkahwinan.

"Walaupun bantuan deposit rumah
diberikan kepada pihak lelaki tetapi
rumah hendaklah diletakkan nama isteri
sebagai jaminan perkahwinan," katanya.

2 comments:

david santos said...

Excellent poem!
Thank you.

Untuk mengelak tragedi sama berulang kembali, dan demi keselamatan anak-anak kita, kami sedang menganjurkan kempen ke seluruh dunia, memaparkan gambar NURIN JAZLIN JAZIMIN di blog-blog di seluruh dunia pada 25 April 2008. Janganlah kita melupakan NURIN JAZLIN.

susu said...

yeah ,dats rite